Terdapat 12 tajuk yang telah digariskan didalam kurikulum pembelajaran matematik diperingkat sekolah rendah. Antaranya ialah,
1. Matematik Asas.
Dibawah perkara ini ia mengandungi dua kemahiran iaitu menamakan objek dan menentukan kumpulan objek.Menamakan objek bermaksud mengklafikasikan objek melalui bentuk, saiz dan warna.
2. Bentuk
Kemahiran pelajar mengenal dan mengecam bentuk-bentuk disekeliling mereka.
3. Saiz
Kemahiran ini meliputi perbandingan objek seperti panjang, pendek, kecil atau besar, tinggi atau rendah, tebal atau nipis, berat atau ringan, banyak atau sedikit dan sebagainya.
4. Warna.
Kemahiran mengenal warna juga sebahagian daripada kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. buta warna adalah satu masalah yang perlu diatasi segera. Jangan pandang enteng kerana jika anak anda tidak dapat mengenal warna pada lampu isyarat, natijahnya nanti....
5. Nombor bulat
Nombor memainkan peranan penting didalam kehidupan seharian. bermula dari bangun tidur sehingga kembali tidur, segalanya ada perkara yang berkaitan dengan nombor. Oleh yang demikian penguasaan kemahiran ini satu mendatori.
6. Operasi tambah
Kemahiran ini meliputi
menamakan sebarang dua nombor, menulis ayat matematik, melengkapkan ayat matematik, menambah sebarang tiga nombor, menerangkan situasi permasalahan dan membina cerita.
7. Operasi tolak
Kemahiran ini meliputi,
Ayat matematik dan permasalahan,simbol dan penyelesaian mudah.
8. Gabungan dua operasi
Iaitu gabungan dua operasi iaitu tambah dan tolak.
9. Operasi darab
Kemahiran ini meliputi,
Memahami operasi darab dalam tambah berulang
Mendarab sebarang dua nombor dalam lingkugan sifir asas.
Mengenal simbol darab
Menulis ayat matematik dan bentuklazim
Melengkapkan ayat matematik
Kemahiran bersifir
Membina cerita
10. Operasi bahagi
Kemahiran ini meliputi,
Ayat matematik
Membahagi sebarang dua nombor dalam lingkungan fakta asas
Mengenal simbol
Menulis dan melengkapkan ayat matematik
kemahiran membahagi
11. Ukuran panjang
Kemahiran mengenal dan menguasai ukuran panjang didalam unit relatif ( jengkal, siku, hasta, tapak dan langkah ) dan unit metrik seperti milimeter, centimeter,meter dan kilometer.
12. Jisim
Kemahiran menguasai ukuran berat didalam unit metrik seperti gram, dan kilogram.
No comments:
Post a Comment