Kurikulum Matematik

Terdapat 12 tajuk yang telah digariskan didalam kurikulum pembelajaran matematik diperingkat sekolah rendah. Antaranya ialah,


1.   Matematik Asas.
      Dibawah perkara ini ia mengandungi dua kemahiran iaitu menamakan objek dan menentukan kumpulan         objek.Menamakan objek bermaksud mengklafikasikan objek melalui bentuk, saiz dan warna.

2.   Bentuk
      Kemahiran pelajar mengenal dan mengecam bentuk-bentuk disekeliling mereka.

3.   Saiz
      Kemahiran ini meliputi perbandingan objek seperti panjang, pendek, kecil atau besar, tinggi atau rendah,       tebal atau nipis, berat atau ringan, banyak atau sedikit dan sebagainya.

4.   Warna.
      Kemahiran mengenal warna juga sebahagian daripada kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. buta         warna adalah satu masalah yang perlu diatasi segera. Jangan pandang enteng kerana jika anak anda tidak       dapat mengenal warna pada lampu isyarat, natijahnya nanti....

5.   Nombor bulat
      Nombor memainkan peranan penting didalam kehidupan seharian. bermula dari bangun tidur sehingga           kembali tidur, segalanya ada perkara yang berkaitan dengan nombor. Oleh yang demikian penguasaan           kemahiran ini satu mendatori.

6.   Operasi tambah
      Kemahiran ini meliputi
      menamakan sebarang dua nombor, menulis ayat matematik, melengkapkan ayat matematik, menambah         sebarang tiga nombor, menerangkan situasi permasalahan dan membina cerita.

7.   Operasi tolak
      Kemahiran ini meliputi,
      Ayat matematik dan permasalahan,simbol dan penyelesaian mudah.

8.   Gabungan dua operasi
      Iaitu gabungan dua operasi iaitu tambah dan tolak.

9.   Operasi darab
      Kemahiran ini meliputi,
      Memahami operasi darab dalam tambah berulang
      Mendarab sebarang dua nombor dalam lingkugan sifir asas.
      Mengenal simbol darab
      Menulis ayat matematik dan bentuklazim
      Melengkapkan ayat matematik
      Kemahiran bersifir
      Membina cerita

10. Operasi bahagi
      Kemahiran ini meliputi,
      Ayat matematik
      Membahagi sebarang dua nombor dalam lingkungan fakta asas
      Mengenal simbol
      Menulis dan melengkapkan ayat matematik
      kemahiran membahagi

11. Ukuran panjang
      Kemahiran mengenal dan menguasai ukuran panjang didalam unit relatif ( jengkal, siku, hasta, tapak dan       langkah ) dan unit metrik seperti milimeter, centimeter,meter dan kilometer.

12. Jisim
      Kemahiran menguasai ukuran berat didalam unit metrik seperti gram, dan kilogram.






No comments:

Post a Comment